3.0 PENGENDALI MAKANAN

 

Disediakan Oleh : 
Mohd Imran Bin Mohd Fuad 
DPH 201923701 
DPIH 4C 

3.0 PENGENDALI MAKANAN



3.1 PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pengendali makanan juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksin daripada pengamal perubatan berdaftar sebelum dibenarkan mengendali makanan di premis makanan.

Adalah menjadi tanggungjawab pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan untuk tidak memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat daripada segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar.



3.2 PROSEDUR

• Pemeriksaan status kesihatan pengendali makanan dilakukan oleh Pegawai Perubatan di hospital, Pejabat Kesihatan Daerah serta Klinik-klinik yang diiktiraf
• Rekod Pemeriksaan Kesihatan disimpan dengan baik di premis dan memastikan ianya sentiasa sah
• Pastikan pengendali makanan memaklumkan kepada pegawai atasan berkaitan sebarang tanda berikut :
a. Sakit perut, muntah dan cirit birit.
b. Jangkitan pada kulit.
c. Sebarang lelehan dari hidung, mata atau telinga.
• Pengendali makanan yang dikenalpasti dijangkiti penyakit berjangkit perlu melaporkan kepada pihak pengurusan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

3.3 SUNTIKAN VAKSIN ANTI TIFOID

Suntikan vaksin typhoid adalah suntikan wajib jika anda adalah pengendali makanan.
Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit typhoid & mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan dan minuman.
Vaksin typhoid dapat mengurangkan jangkitan bahaya sehingga 80%.
Vaksin disuntikkan di lengan atau paha
Vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 2 tahun ke atas Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan



3.4 OBJEKTIF 

Untuk mengelakkan pencemaran silang

 

Keracunan makanan boleh berlaku akibat pencemaran silang. Pencemaran silang ialah makanan yang telah dimasak dicemari oleh bakteria daripada makanan mentah, peralatan yang kotor atau pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri.

 

1.          Pastikan peralatan memasak berada di dalam keadaan bersih.

2.          Gunakan kain lap yang berbeza bagi mengelap peralatan, kaunter dapur/meja dan tangan.

3.          Gunakan peralatan yang berasingan bagi makanan mentah dan makanan masak/ makanan sedia dimakan.

4.          Letak makanan yang telah dimasak dan makanan mentah di dalam bekas yang berasingan.

 

 3.5 PROSEDUR 

Semua pengendali makanan hendaklah mendapatkan Suntikan anti tifoid setiap tiga tahun sekali dan rekod berkaitan disimpan dalam Fail Pemeriksaan Kesihatan Anggota.

Semua pengendali makanan, sama ada warga asing atau tempatan diwajibkan mendapatkan suntikan vaksin (pelalian anti-tifoid) melalui pengamal perubatan berdaftar.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suntikan itu bertujuan mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit tifoid dan mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan atau minuman.

Menurutnya, mengikut Peraturan 11, Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pemilik premis makanan hendaklah tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premisnya melainkan jika mereka diberi suntikan vaksin (pelalian anti-tifoid) oleh pengamal perubatan berdaftar.

“Di samping itu, mengikut Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan, sama ada warga asing atau tidak, perlu mendapatkan suntikan vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar

 

3.6 REKOD - Senarai pekerja bagi suntikan anti tifoid




Comments

Popular posts from this blog

6.0 KAWALAN PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN

1.0 PROFIL SYARIKAT DAN POLISI PENGURUSAN KESELAMATAN MAKANAN